Sunday, September 11, 2011

searching for MOTIVATION ??





Assalam..hi there,, w0w loOk like this blog having such a long time not updated! haha...well i'm bz kowt.., no time...right nOw is my new sem in study..yup after having long time hOliday..hoh0...anyway the journey was started.. i must struggle so that i get the stupendous grades and improve my latest result (huh berkobar2 dh ni ). well to all 1st year juniOr especially in upm i wish all the best to uollz..always have a great day in upm,..here some motivation i want to share sO that uollz become so full in beans before starting the class (jd skema jap hihihi)
Firstly never label studying as “boring”, “painful” or “uncomfortable”. That way you’ll be pre-framing yourself negatively even before you start.. ( kene kata best even the subject is boring...lalala~). 0k back to the normal, studying is a meaningful jOurney of discovery. It just like a battle of life..( ngn muka serious) therefore you’d hav lost the battle before it even began. In fact, don’t even call it a battle.
I'm a student of life...therefore i know the hardest part of doing anything especially in studying is getting started. The first step is always the toughest.. haishh den pon xlopeh :(
anyway, after u got that out of the way, it’s all downhill. This is because once you’ve got momentum; it’s easy to keep it going. So it’s vital that u get yourself g0ing in the first place.






just like when u r driving alOng a high hill...the first move is quite difficult...however after u push up the momentum, it can be like this...perrghh laju kOwt hahahaa :P
*kenderaan berat ikut kiri~~~~ 
Therefore just plan to study for 5 minutes. That’s it, just 5 minutes. Tell yOurself that you’ll be studying seriously for 5 minutes then you’ll st0p. yeah that's a marvellOus way to trick ourselves to keep going on study..hoHo...but..(urmm still ada but eh) but make sure for those 5 minutes is used for study...never hav distract by other stuff okeh! 
next u must SET your OwN gOalS...finish chpter 1 and 2..MUST do it!! haha this is some way u can set goals...When there’s a target to aim at, we’ll be mOre determined rise up t0 the challenge and push ourselves to achieve it =)
0key time's up nOw..goOd luck..have a nice day! May ALLAH bless us~
Lastly, say takbir!! ALLAHUAKBAR!! 0ne twO three.. smile and click nuffnang :D

Monday, March 21, 2011

Anda strok..???

 
pix_gal0
TEKANAN udara semasa pesawat berlepas dan mendarat boleh mengganggu kestabilan telinga tengah.


PERNAHKAH anda berdepan situasi jantung tiba-tiba berdegup kencang, berpeluh, dada merasa seperti dihimpit, pening, loya, hendak pitam, sukar bernafas dan letih tidak semena-mena. 


Jika ini terjadi anda mungkin mengalami masalah Fribilasi Atrial (Atrial Fribillation) atau keadaan di mana jantung berdegup secara tidak sekata iaitu terlalu pantas atau terlalu perlahan.Apa yang menakutkan, tiada tanda-tanda jelas yang boleh mengesan awal masalah Aritmia atau rentak jantung tidak sekata ini. Malah orang yang mengalaminya punya lima kali ganda kemungkinan diserang angin ahmar berbanding mereka yang tidak mengalaminya. 

Angin ahmar atau istilahnya serangan otak, yang dikaitkan dengan masalah FA adalah lebih serius dan dikaitkan dengan lebih banyak kehilangan upaya diri berbanding angin ahmar yang bukan disebabkan FA.Menurut Pakar Runding Kardiologi dan Presiden Majlis Stroke Malaysia, Dr Razali Omar FA berlaku apabila isyarat elektrik gagal diterima menyebabkan ruang atas jantung (Atria) berdenyut pantas dan tidak sekata. 

Ini menyebabkan darah memenuhi ruang ini. Memandangkan degup yang tidak sekata tadi ia gagal mengepam semua darah ke bahagian bawah jantung (Ventrikel), menyebabkan jantung gagal berdegup dengan efektif. 

“Orang yang mengalami FA, punya lima kali ganda lebih mungkin menghidap angin ahmar berbanding mereka tanpa FA,” katanya ketika pembentangan kertas kerja mengenai Angin Ahmar yang dikaitkan Fribilasi Atrial sempena kempen mencegah 1 Misi 1 Juta - Mendalami Punca Strok. 

Mengikut kajian, 15 juta kalangan dewasa Amerika Syarikat menderita serangan angin ahmar setiap tahun, 5 juta mati akibatnya manakala 5 juta lagi hilang upaya diri secara kekal. Keadaan ini bukan saja memberikan kesan buruk kepada keadaan kewangan negara tetapi juga membabitkan hal penjagaan. 

Menurut Pakar Runding Neurologi dan Presiden Majlis Neurosains Malaysia, Dr Hamidon Basri, kajian terbaru juga menunjukkan sejumlah 5.7 juta kes angin ahmar berlaku di negara membangun seperti Malaysia disebabkan meningkatnya beban akibat kerancakan perkembangan ekonomi dan transisi epidimiologi. 
 

“Di Malaysia, 10,000 kes baru dikesan setiap tahun di mana 50 peratus daripadanya memerlukan penjagaan sepenuh masa akibat hilang upaya diri kekal,” katanya pada majlis anjuran bersama Boehringer Ingelheim, Majlis Strok Malaysia dan Majlis Neurosains Malaysia baru-baru ini. 

Jenis angin ahmar terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Iskemia dan pendarahan. Iskemia biasanya diakibatkan oleh bekuan darah yang melekat pada salur darah (trombosis), atau oleh bekuan darah yang bebas (embolisme). 


Pendarahan pula boleh berbentuk pendarahan dalam otak atau di bawah membran tengah antara tiga membran di dalam otak. Hampir 80 peratus daripada semua angin ahmar diakibatkan oleh Iskemia. 

Beza usia bagi mereka yang mengalami serangan otak di rantau Asia dengan bangsa kulit putih juga mengejutkan iaitu mengikut kajian, orang Asia mengalami masalah ini 10 tahun lebih awal berbanding orang kulit putih. 

“Keadaan ini amat membimbangkan, ketika ia melanda populasi kulit putih pada usia lanjut, sebaliknya di Asia ia dialami peringkat umur yang masih muda dan produktif serta punya tanggungan keluarga,” katanya menambah satu lagi faktor meningkatnya jumlah angin ahmar akibat tabiat melengah-lengahkan rawatan kerana serangan tidak serius dan lebih selesa berjumpa bomoh mahupun berubat sendiri. 

Bila serangan lebih serius berlaku, semuanya sudah terlambat kerana pesakit hanya punya masa tiga hingga empat jam untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. 


Selain itu faktor tidak tahu tanda awal, tinggal sendirian, jauh dari hospital, kesesakan lalu lintas dan hospital tanpa kemudahan yang lengkap menjadi antara penghalang. 

75 peratus pesakit datang lewat ke hospital, 65 peratus tidak tahu mengenai tanda awal, 78 peratus bergantung pada keluarga seperti tunggu anak balik, dapatkan pendapat lain dan sebagainya.


Angin ahmar mengambil masa yang lama untuk menyerang untuk itu, pencegahan harus bermula dari peringkat awal seperti melakukan aktiviti fizikal, selain mengamalkan gaya hidup yang sihat. 

Info: Kenali angin ahmar dengan F.A.S.T 

  • Face - cuba senyum, jika sebelah muka seakan bengkok atau jatuh individu ini mungkin mengalami angin ahmar 










  • Arms - angkat kedua belah tangan, jika ada kesukaran dengan salah satu, ia mungkin satu petanda. 












  • Speech - cuba bercakap. Jika sebutannya tidak jelas atau tidak boleh bercakap, ia juga satu tanda 











  • Time - sekiranya mana-mana satu simptom ini muncul, hubungi 911 segera bagi memastikan pesakit tiba di hospital dengan pantas. 

    Cegah Angin Ahmar dengan:
     











  • Kawal kencing manis 











  • Kawal tekanan darah 











  • Kawal tahap kolesterol 











  • Berhenti merokok 











  • Bersenam.







  •  



    sumber : berita harian

    Monday, January 31, 2011

    Penyakit dalam kapal terbang

    TEKANAN udara semasa pesawat berlepas dan mendarat boleh mengganggu kestabilan telinga tengah.

    MEMILIH untuk menaiki kapal terbang ke destinasi pilihan tentunya memberi keterujaan apatah lagi jika ia pengalaman pertama.




    Namun, dalam keseronokan untuk terbang, masih ada perkara yang perlu diambil berat demi memastikan keselesaan anda sebagai penumpang di sepanjang penerbangan.


    Ini kerana boleh dikatakan hampir semua penumpang kapal terbang tidak dapat lari daripada merasai tekanan di bahagian dalam telinga ketika pesawat hendak berlepas mahupun mendarat.




    Gangguan sindrom telinga pesawat yang juga dikenali sebagai airplane ear atau barotrauma ini boleh mengakibatkan telinga berdengung dan rasa sakit di bahagian dalam telinga.




    Saya sendiri sering berdepan gangguan yang sama setiap kali menaiki kapal terbang, adakalanya kesakitan tersebut boleh mengundang masalah lain seperti pening dan loya.




    Apa yang lebih teruk, keadaan ini boleh berlarutan selepas beberapa jam pesawat mendarat.




    “Apa yang anda alami bukan perkara biasa. Biasanya, penumpang hanya mengalami sedikit tekanan dan telinga berdengung, tetapi selepas pesawat mendarat, ia sudah hilang sepenuhnya.








    “Mungkin kesihatan yang kurang baik ketika menaiki kapal terbang memburukkan lagi tekanan telinga pesawat yang dialami,” ulas Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Dr. Raymond Tan Suan Kuo.




    Ditafsirkan sebagai kecederaan pada bahagian telinga tengah, gejala tersebut disebabkan oleh perubahan tekanan udara sewaktu dalam penerbangan. 




    “Tekanan telinga pesawat boleh berlaku di kedua-dua belah telinga. 


    “Ia akan lebih serius apabila penumpang terbang ketika sedang mengalami selesema, hidung tersumbat, alahan hidung, tekak atau jangkitan resdung. 


    “Gejala yang sama juga boleh berlaku jika memandu di kawasan pergunungan atau berada di tempat yang tinggi serta ketika menyelam skuba,” jelas Raymond.




    Menurutnya lagi, tekanan udara yang tidak seimbang di antara telinga tengah dan tekanan udara persekitaran boleh menghalang gegendang telinga bergetar secara normal. 




    “Apabila tekanan udara persekitaran berubah secara mendadak, saluran eustachia yang menghubungkan bahagian tekak dan telinga tengah tidak dapat memberi reaksi pantas yang boleh menyeimbangkan tekanan menjadi punca gangguan ini terjadi.


    TEKANAN berada di tempat tinggi boleh membuatkan telinga kanak-kanak berdengung dan sakit. Tekanan yang melampau pula mampu mengakibatkan telinga tengah bocor.






    “Telinga akan berdengung dan akan lega jika mengunyah atau menelan makanan,” ujarnya. 


    Bagaimanapun, bagi penumpang yang mengalami tekanan yang disusuli rasa sakit seperti bahagian dalam telinga dicucuk dengan benda tajam, Raymond memberitahu itu bukan gejala biasa. 




    “Jika saluran eustachia tersebut tersumbat atau mempunyai masalah lain seperti jangkitan kuman, tekanan di telinga tengah boleh mendatangkan masalah yang lebih besar. 




    “Pendengaran akan mulai merosot, telinga tidak selesa, berdengung, pendarahan daripada telinga yang boleh menyebabkan pening dan kesakitan dalam telinga yang berpanjangan,” katanya.


    Apa yang lebih membimbangkan, gangguan ini boleh mendatangkan risiko besar kepada kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah. 




    “Tekanan ini mampu membocorkan telinga tengah dan mengakibatkan lebih banyak masalah. Telinga mereka akan sakit dan rasa tidak selesa, itu menyebabkan mereka kuat menangis. 




    “Segera periksa telinga anak anda selepas tangisan mereka reda. Jika ada lelehan nanah atau darah, bawa segera anak berjumpa doktor untuk rawatan lanjut,” ujarnya. 


    Nanah
    Kebocoran telinga tengah boleh mengakibatkan masalah yang lebih besar kerana ia berfungsi sebagai dinding penutup bahagian dalam dan luar telinga, sama seperti jika perut anda bocor hingga menampakkan usus dan isi perut. 




    “Apabila disahkan ada kebocoran pada telinga tengah, ritma kehidupan mereka turut terganggu.




    “Pesakit tidak boleh berenang kerana air yang memasuki telinga akan menyebabkan telinga mendapat jangkitan kuman. 




    “Jika itu berlaku, telinga mudah bernanah. Pesakit juga sentiasa terdedah kepada pencemaran seperti habuk dan terpaksa menanggung kesakitan apabila mendengar bunyi yang kuat. Pembedahan perlu dijalankan untuk menutup semula kebocoran tersebut,” tambahnya. 


    PEMERIKSAAN telinga perlu segera dilakukan sekiranya gejala telinga pesawat tidak berkurangan.






    Bagaimanapun, sekiranya telinga bocor ini dialami oleh kanak-kanak, mereka terpaksa menunggu hingga usia 16 tahun untuk dibedah.




    “Kanak-kanak adalah golongan paling berisiko untuk mendapat tekanan telinga pesawat yang membawa kebocoran telinga dalam. 




    “Jika kebocoran terjadi, pembedahan tidak terus dilakukan kerana bahagian dalam telinga kanak-kanak masih kecil dan perlu menunggu umur sekurang-kurangnya 16 tahun untuk dibedah.




    “Saranan saya, pastikan anda mempunyai sesuatu untuk dikunyah seperti asam atau gula-gula getah ketika berada di kawasan tinggi.




    “Gangguan tekanan telinga pesawat biasanya timbul daripada masalah kesihatan yang lain. Jika anda merancang untuk menaiki kapal terbang atau menyelam skuba, pastikan kesihatan anda berada di tahap yang baik. 




    “Pesakit resdung dan penghidap selesema atau jangkitan hidung berisiko untuk mendapat tekanan yang lebih teruk berbanding penumpang yang sihat,” nasihatnya. 

    Sumber: kosmo